Pages

Wednesday 17 April 2013

Jangan tertipu lagi!

BERSIH...ramai yang sertai BERSIH. Termasuk anak Melayu beragama Islam.

Siapa driving force BERSIH? Ambiga Sreenivasan, bekas presiden Bar Council.

Ia menyembunyikan banyak agenda. antaranya pluralisme yang menuntut kesamarataan beragama di negara ini dipelopori oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan rakyat melalui IFC (Inter Faith Council). Mereka mencabar hak dan keistimewaan orang Melayu serta Islam yang termaktub dalam perlembagaan.

IFC adalah intipati perjuangan oleh Ambiga.

Perjuangan mereka menuntut kesamarataan beragama,dalam masa yang sama menggugat Islam agama rasmi negara.

Dengan harapan untuk membawa perjuangan IFC ini ke peringkat antarabangsa,Ambiga Sreenevasan melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme.

Pakatan rakyat dan kesemua pemimpin mereka sama sama memperjuangkan IFC, ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA Apa itu IFC(Inter Faith Commission) IFC berasal dari IRC (Inter Religion Council) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain.

IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama. IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara. Matlamat Penubuhan IFC IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam. Tuntutan IFC:

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

FC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang didalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan DAP Pusat ), Elizabeth Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Malah mendapat endorsement Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Khalid Samad, Malik Imtiaz, golongan erdorgan PAS dan termasuklah penyokong melayu Islam PAS dan PKR.

PAS juga turut terpalit apabila menyokong penubuhan IFC ini ,buktinya semasa konvensyen PR ,PAS menerima intipati perjuangan Pakatan Rakyat agar mengadakan perbincangan antara agama selaras dengan kehendak IFC yang di dokong oleh DAP dan PKR. Jadi kepada rakyat sekalian jangan jadi manusia yang bodoh tidak nampak yang mana buruk dan yang mana yang baik.Kalau mereka memerintah akan hilang lah Islam di bumi Malaysia ini seperti gugurnya Negara Islam yang dilaungkan oleh PAS selama ini.

Sumber: http://pejuangbangsa57.blogspot.com/2011/06/siapa-ambiga-dan-ifc.html

DEMI MALAYSIA, singkir semua puak pelampau, chauvinis dan ekstremis agama dan politik serta bangsa.

INGAT, Ambiga, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang ada rumah agam, kereta mewah...semua hasil dasar Kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional.

Sekarang mereka mahu kuasa politik...




INGAT...WASPADA...HATI-HATI, JANGAN HANCURKAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.



No comments:

Post a Comment