Pages

Thursday, 18 April 2013

Hidup Utusan Malaysia

Seorang pemanggil program Hello Malaysia di Bernama TV pada 17 April 2013 bernama Munizam memberitahu audiens yang dia malu membaca Utusan Malaysia tetapi berbangga memegang Sinar Harian.

Mujur geostrategis UTM yang pakar dalam GPS, Dr Azmi Hassan yang ditemani Dr Sidek Baba memangkah Munizam.


Dr Azmi


Dr Azmi kata malang sekali apabila ramai pembaca yang membiarkan diri mereka diselimuti pemikiran politik apabila membaca akhbar.

Dr Sidek pula mengingatkan kita agar jangan naif dalam politik. Dia tegaskan Utusan Malaysia lidah orang Melayu yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu, manakala Sinar Harian berteraskan bisnes.

Ingat, di saat Utusan Malaysia tegas mempertahankan orang Melayu, akhbar Cina bebas mengecam, mengkritik dan menghina serta menuduh Melayu korup.

Jadi siapa yang mahu pertahankan orang Melayu?

Harakah? Suara Keadilan?

Hidup, Utusan Malaysia!

Dalam pada itu Dr Sidek sebut:

"Apabila PAS hendak laksanakan hukum hudud, Karpal Singh kata langkah mayat aku dulu. Sekitar 1997 Karpal cakap dalam Parlimen dan masih tercatat dalam hansard bahawa Anwar peliwat. Sekarang kenapa Karpal mahu Anwar jadi Perdana Menteri kalau Pakatan Rakyat menang? Mereka ada muslihat!"


Dr Sidek Baba, kawan rapat Anwar hampir 30 tahun


No comments:

Post a Comment